Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran Penyelidikan NCDRC 2019 akan dibuka mulai 27 September 2019 hingga 3 Oktober 2019 (7 hari).
Tema penyelidikan yang ditawarkan adalah ‘Ujian Saringan Kesejahteraan Pendidik dalam Bidang Awal Kanak-kanak’.
Permohonan adalah terbuka kepada semua kakitangan akademik (tetap/kontrak) UPSI.
Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar dalam bentuk hardcopy (perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran NCDRC) dan soft copy (dihantar ke emel ncdrc@upsi.edu.my).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Oktober 2019 (Khamis).