PROSEDUR TUNTUTAN BAYARAN PERSIDANGAN/ SEMINAR/ BENGKEL

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017

Pelajar Master/PHD perlu mendapatkan daripada pihak NCDRC Borang Permohonanmenghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel & Borang Wang Pendahuluan (Portal Bendahari) (Sekiranya ingin memohon wang pendahuluan).

Pelajar Master/PHD perlu menyertakan bukti Penyertaan, Brosur & Surat Rasmi menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel bersama Borang Permohonan yang lengkap dan diserahkan kepada pihak NCDRC dalam tempoh sebulan (1 bulan) awal sebelum menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel tersebut untuk mendapatkan perakuan dan kelulusan Pengarah & Timbalan Pengarah.

Pelajar Master/PHD perlu menyerahkan resit asal selepas pelajar menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank kepada pihak NCDRC. (Penyerahan resit beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank perlu dilakukan secara awal kepada pihak NCDRC (selewat-lewatnya 3 minggu awal selepas pelajar menghadiri Persidangan/ Seminar/Bengkel) tersebut.

Pihak NCDRC akan menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap bersama resit asal kepada pihak Bendahari.

Pelajar Master/PHD perlu menyemak tuntutan bayaran yang dibuat melalui pihak Bendahari (tempoh tuntutan bayaran bergantung kepada pihak Bendahari).

 

 

HAD TUNTUTAN BAYARAN

MASTER = RM750 (sepanjang pengajian)

PHD = RM1500 (sepanjang pengajian)

Program Pascasiswazah NCDRC

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017

 

NCDRC mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam program-program yang ditawarkan sekaligus bersama-sama mencapai wawasan negara Malaysia menghasilkan modal insan berilmu dan berpengetahuan.

Butiran lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui pautan dibawah.

Muat turun Brosur Program Siswazah NCDRC

Permohonan adalah dibuka SEPANJANG TAHUN.

Kaedah permohonan:-
1.      

Pemohon perlu membeli Nombor Bitara ID dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan harga RM26.00.

2.      

Sila pastikan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tercatat di dalam slip pembelian Nombor Bitara ID tersebut.

3.      

Sila gunakan Nombor Bitara ID berkenaan untuk membuat permohonan secara atas talian di https://mysis.upsi.edu.my/postgrad/

4.       Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.