PROSEDUR TUNTUTAN BAYARAN PERSIDANGAN/ SEMINAR/ BENGKEL

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017

Pelajar Master/PHD perlu mendapatkan daripada pihak NCDRC Borang Permohonanmenghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel & Borang Wang Pendahuluan (Portal Bendahari) (Sekiranya ingin memohon wang pendahuluan).

Pelajar Master/PHD perlu menyertakan bukti Penyertaan, Brosur & Surat Rasmi menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel bersama Borang Permohonan yang lengkap dan diserahkan kepada pihak NCDRC dalam tempoh sebulan (1 bulan) awal sebelum menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel tersebut untuk mendapatkan perakuan dan kelulusan Pengarah & Timbalan Pengarah.

Pelajar Master/PHD perlu menyerahkan resit asal selepas pelajar menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank kepada pihak NCDRC. (Penyerahan resit beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank perlu dilakukan secara awal kepada pihak NCDRC (selewat-lewatnya 3 minggu awal selepas pelajar menghadiri Persidangan/ Seminar/Bengkel) tersebut.

Pihak NCDRC akan menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap bersama resit asal kepada pihak Bendahari.

Pelajar Master/PHD perlu menyemak tuntutan bayaran yang dibuat melalui pihak Bendahari (tempoh tuntutan bayaran bergantung kepada pihak Bendahari).

 

 

HAD TUNTUTAN BAYARAN

MASTER = RM750 (sepanjang pengajian)

PHD = RM1500 (sepanjang pengajian)

Jumlah paparan: 134