Dasar Privasi

Maklumat Umum
Laman web http://ncdrc.upsi.edu.my merupakan laman web rasmi bagi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC). Objektif utama laman web ini adalah untuk menyediakan satu pintu masuk bagi komuniti akademik dan orang ramai kepada sumber maklumat yang diiktiraf secara rasmi melalui pautan dan mekanisme pelayaran dan untuk menyediakan kandungan yang tepat pada masanya dan pautan kepada berita dan peristiwa menarik mengenai Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC). Para pelawat yang disasarkan: bakal pelajar, pelawat / ibu bapa, kakitangan / pelajar dan masyarakat. 

 

Maklumat Semasa
NCDRC tidakboleh dan tidak akan memberi jaminan bahawa semua maklumat pada pelayan ini adalah benar walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan di dalam laman web NCDRC adalah tepat. NCDRC berhak untuk melakukan perubahan pada bila-bila masa dan tanpa memberi notis, terhadap isi kandungan di dalam laman web ini dan NCDRC tidak akan bertanggungjawab untuk setiap kandungan atau paparan di dalamnya.

 

Hak Cipta
Setiap teks, imej, logo, video, dokumentasi dan maklumat yang terkandung di laman web rasmi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara adalah harta intelek NCDRC. NCDRC berhak untuk memadam atau menjadikan fail tidak dapat diakses jika mengandungi bahan yang melanggar undang-undang atau polisi NCDRC. Reka bentuk, gambar dan logo yang digunakan pada laman web ini tidak boleh disalin dan digunakan atau disiarkan oleh mana-mana pihak atau entiti lain, termasuk unit / pejabat NCDRC tanpa kebenaran.


Dasar Privasi

Privasi Anda
This page explains privacy policy which includes the use and protection of any information submitted by visitors. If you choose to register and transact using our web site or send an e-mail which provides personally identifiable data, this data may be shared where necessary with other University’s departments so as to serve you in the most efficient and effective manner. An example might be in terms of resolving or addressing complaints that require escalation to other departments. 

Maklumat Terkumpul
Tiada maklumat peribadi yang akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui ruang komen.

Pautan Laman Web
Laman web universiti mempunyai pautan ke laman web lain, organisasi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web. Universiti tidak membuat sebarang jaminan bahawa maklumat yang terkandung di laman web yang dikaitkan dengan laman web ini, adalah lengkap, tepat atau up-to-date; dan Universiti tidak bertanggungjawab untuk keputusan pergantungan ke atas maklumat tersebut (termasuk kehilangan keuntungan, kehilangan peluang, kehilangan perniagaan dan kerugian turutan).

Cookies
Laman web tertentu menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan web untuk membolehkannya mengecam lawatan anda pada masa akan datang. Cookies ini tidak akan direkodkan secara kekal dan tidak disimpan dalam cakera keras komputer anda. Anda boleh memadam cookies menggunakan tetapan pelayar web (Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain).

Perubahan Dasar
Sekiranya terdapat sebarang perubahan dasar privasi dalam apa jua cara, ia akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang telah dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan yang tertentu dan jika ada, bagaimana maklumat ini dikongsi bersama pihak yang lain.

Jumlah paparan: 433