• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

Pengenalan NCDRC

 

logo NCDRC baharu Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau National Child Development Research Centre (NCDRC) telah ditubuhkan hasil persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006.  NCDRC dibangunkan di UPSI sebagai pusat rujukan kebangsaan bagi menjalankan penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan kanak-kanak, penyelarasan isu-isu atau hal ehwal kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai aspek.

NCDRC juga bertanggungjawab mewujudkan pangkalan data kanak-kanak Malaysia dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung dengan mengetengahkan isu penjagaan kesihatan, kebajikan, pemakanan, perundangan, keselamatan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Sebagai pusat rujukan kepada Negara, NCDRC turut akan membantu kerajaan  memurnikan dan menggubal dasar-dasar  baru yang bersesuaian dengan pengasuhan, kebajikan dan pendidikan awal kanak-kanak. NCDRC juga membantu merancang dan pelaksanakan program-program  pendidikan keibubapaan dan latihan untuk pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.

 ncdrc besar 2

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi Maklumat

FacebookTwitterGoogle BookmarksLinkedinRSS Feed