• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

BORANG PASCASISWAZAH

BORANG PENYERAHAN PROPOSAL - BORANG NCDRC (Borang ini perlu diisi dan dihantar bersama dengan Borang IPS)

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI SEMINAR (BAHARU)

PROSEDUR TUNTUTAN BAYARAN PERSIDANGAN/ SEMINAR/ BENGKEL

Pelajar Master/PHD perlu mendapatkan daripada pihak NCDRC Borang Permohonan menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel & Borang Wang Pendahuluan (Portal Bendahari) (Sekiranya ingin memohon wang pendahuluan).

Pelajar Master/PHD perlu menyertakan bukti Penyertaan, Brosur & Surat Rasmi menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel bersama Borang Permohonan yang lengkap dan diserahkan kepada pihak NCDRC dalam tempoh sebulan (1 bulan) awal sebelum menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel tersebut untuk mendapatkan perakuan dan kelulusan Pengarah & Timbalan Pengarah.

Pelajar Master/PHD perlu menyerahkan resit asal selepas pelajar menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank kepada pihak NCDRC. (Penyerahan resit beserta salinan kad matrik dan salinan muka surat depan buku bank perlu dilakukan secara awal kepada pihak NCDRC (selewat-lewatnya 3 minggu awal selepas pelajar menghadiri Persidangan/ Seminar/Bengkel) tersebut.

Pihak NCDRC akan menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap bersama resit asal kepada pihak Bendahari.

Pelajar Master/PHD perlu menyemak tuntutan bayaran yang dibuat melalui pihak Bendahari (tempoh tuntutan bayaran bergantung kepada pihak Bendahari).

 

HAD TUNTUTAN BAYARAN

 

MASTER = RM750 (sepanjang pengajian)

PHD = RM1500 (sepanjang pengajian)

 

Muat turun SENARAI SEMAK TUNTUTAN

Muat turun BORANG TUNTUTAN WANG YANG DIDAHULUKAN (BENDAHARI)

Muat turun BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN (NCDRC)

Selamat Datang Pelajar Baru NCDRC

NCDRC mengalu-alukan kedatangan pelajar pasca baru.

Pelajar-pelajar boleh menyertai bengkel dan seminar yang bakal dianjurkan oleh NCDRC dan IPS untuk membantu pelajar dalam menjalankan penyelidikan.

Pelajar juga diingatkan untuk sentiasa berhubung dengan NCDRC dan Fakulti untuk tarikh bentang proposal dan viva.

Selamat maju jaya ^___^

Sijil Penyertaan Bengkel

Perhatian kepada semua peserta Bengkel Teknik Menyiapkan Tesis Menggunakan Ciri-ciri dalam Microsoft Word yang di adakan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu), anda boleh mengambil sjil pernyertaan berkenaan di pejabat am NCDRC, Tingkat 1, Kompleks NCDRC.


Harap maklum.

Program Pascasiswazah NCDRC

postgraduate

 

PROGRAM SARJANA (MASTER'S PROGRAMME)

Nama Program : Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak (Master of Early Childhood Education)

Kod Program : MT 17 R

Sinopsis :

Program Ijazah Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dikendalikan secara penyelidikan sepenuhnya (Mod A) yang melibatkan cadangan kajian, penulisan tesis, seminar dan penerbitan.
Pelajar boleh diminta untuk mengaudit kursus-kursus tertentu atas cadangan Pusat dan memenuhi syarat kursus audit.

 

Nama Program : Sarjana Sains Perkembangan Kanak-kanak & Remaja (Master of Science,
Child and Adolescent Development)

Kod Program : MT140

Sinopsis :

Program Ijazah Sarjana Sains (Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja) dikendalikan secara penyelidikan sepenuhnya (Mod A) yang melibatkan cadangan kajian, penulisan tesis, seminar dan penerbitan.
Pelajar boleh diminta untuk mengaudit kursus-kursus tertentu atas cadangan Pusat dan memenuhi syarat kursus audit.

 

PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (DOCTOR OF PHILOSOPHY'S PROGRAMMES)

Nama Program : Doktor Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak (Doctor of Philosophy in Early Childhood Education)

Kod Program : PT 17

Sinopsis :

Program Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dikendalikan secara penyelidikan sepenuhnya (Mod A) yang melibatkan cadangan kajian, penulisan tesis, seminar dan penerbitan.
Pelajar boleh diminta untuk mengaudit kursus-kursus tertentu atas cadangan Pusat dan memenuhi syarat kursus audit.

 

Nama Program : Doktor Falsafah Perkembangan Kanak-kanak & Remaja (Doctor of Philosophy, Child and Adolescent Development)

Kod Program : PT140

Sinopsis :

Program Ijazah Doktor Falsafah (Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja) dikendalikan secara penyelidikan sepenuhnya yang melibatkan cadangan kajian, penulisan tesis, seminar dan penerbitan.

Pelajar boleh diminta untuk mengaudit kursus-kursus tertentu atas cadangan Pusat dan memenuhi syarat kursus audit.

Kongsi Maklumat

FacebookTwitterGoogle BookmarksLinkedinRSS Feed