HICoE

Mengenai Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICoE)

Program Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICoE) merupakan program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (KPT) untuk memacu kecemerlangan penyelidikan di IPT dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberikan penarafan HICoE kepada Pusat Kecemerlangan (CoE) berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic.

HICoE yang diiktiraf telah memberi impak kepada penghasilan bakat penyelidikan baharu, penerbitan jurnal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang boleh memanfaatkan akademik, industri, kerajaan, masyarakat dan alam sekitar. Pemantauan prestasi berkala akan dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan secara langsung dengan objektif program HICoE serta asas untuk pengeluaran dana penyelidikan HICoE seterusnya.