Segiempat tepat ialah bentuk yang mempunyai dua sisi pendek dan dua sisi panjang. Pelajari apa segiempat tepat boleh lakukan, dimana ia boleh didapati dan segiempat tepat lain yang menyeronokkan. Jadilah pakar tentang bentuk dan pelajari segiempat tepat hari ini!
Setiap buku dalam siri Bentuk ini memuatkan fakta yang menakjubkan mengenai bentuk yang kamu lihat setiap hari. Teks di dalam setiap tajuk ini direka untuk dibacakan kepada kanak-kanak, dibaca bersama atau dibaca sendiri oleh kanak-kanak. Setiap buku memuatkan aktiviti yang boleh dicuba di rumah, sekolah, atau semasa bercerita. Cubalah baca Siri Buku Bentuk dan pelajari di mana bulatan, bujur, segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat dan bintang terdapat di dalam dunia kamu.