Books

Buku Panduan Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA)

Author

Juppri Bacotang | Zainiah Mohamed Isa | Mazlina Che Mustafa

eISBN

978-967-2484-01-1

Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) merupakan instrumen atau alat untuk menilai kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. IKLA menekankan pentaksiran autentik kerana dijalankan dalam keadaan yang sebenar dan bermakna kepada kanak-kanak melalui aktiviti membaca buku cerita. Oleh itu, penilaian dapat dijalankan dalam keadaan yang semula jadi kerana kanak-kanak menganggap mereka sedang membaca buku cerita tanpa menyedari mereka sedang dinilai oleh orang dewasa. Pencapaian kemahiran literasi awal kanak-kanak dapat dinilai dengan lebih tepat kerana diperoleh secara langsung daripada mereka melalui temu bual berstruktur yang melibatkan perbualan antara orang dewasa dengan kanak-kanak secara individu sepanjang aktiviti sebelum, semasa, dan selepas membaca buku cerita.
Publisher

NCDRC, UPSI