Keputusan Permohonan Kemasukan TASKA & TADIKA BITARA NCDRC,UPSI

Sukacita dimaklumkan, Tuan/Puan boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan TASKA & TADIKA BITARA NCDRC,UPSI di pautan ini https://ncdc.upsi.edu.my/register/auth/login bermula 6 Disember 2023 – 18 Disember 2023. Tuan/Puan perlu menekan butang “Tick” untuk menerima tawaran atau menekan butang “pangkah” untuk menolak tawaran. Sekiranya tidak berbuat demikian pihak kami beranggapan Tuan/Puan tidak berminat untuk menerima tawaran ini.

Sekiranya Tuan/Puan setuju menerima tawaran ini, sila buat bayaran pendahuluan (deposit) RM100.00 untuk pengesahan penempatan anak Tuan/Puan. Pembayaran boleh dibuat bermula pada 6 Disember 2023 sehingga 5 Januari 2024. Cara pembayaran adalah seperti berikut :

i. Kad Kredit / Debit – di Kaunter Pejabat Pentadbiran NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

ii. QR DuitNow – di kaunter pejabat Pentadbiran NCDRC atau emelkan bukti pembayaran berserta nama anak ke emel taskatadika.ncdrc@upsi.edu.my

Bagi bayaran-bayaran yuran lain, pihak NCDRC akan memaklumkan dari semasa ke semasa pada sesi taklimat bersama Ibubapa/ Penjaga iaitu pada bulan Februari 2024, jemputan ke sesi Taklimat akan dihantar melalui emel Tuan/Puan.