Hasil kajian ini merungkaikan informasi tahap hafazan Al-Quran dengan status kesihatan dan tahap kecerdasan (IQ) pelajar tahfiz kepada pihak pengurusan sekolah tahfiz dan ibubapa. Selain itu, hasil kajian ini menyokong dasar kerajaan untuk melahirkan profesional huffaz di samping dapat membantu pihak JAKIM merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara pada masa akan datang. Seterusnya, hasil kajian ini boleh membantu dalam pembangunan modul hafazan dan menggalakkan lebih banyak pelajar dan masyarakat umum menghafaz Al-Quran.