Profesor Dato’ Dr. Aminah Ayob (UPSI)
2010-0040-106-04
Program PERMATA Negara ialah program pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Program ini memberi penekanan kepada enam bidang pembelajaran dan pengasuhan kanak-kanak yang menyokong kepada perkembangan individu yang holistik dan seimbang. Program ini telah diuji rintis selama dua tahun, iaitu pada 2006-2007. Pada 2008, atas arahan Kabinet, Program ini diperluaskan ke seluruh negara. Sehingga akhir 2009, pihak-pihak yang terlibat ialah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Taska PERMATA KEMAS di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Taska PERMATA Perpaduan di bawah JPNIN, dan Taska Komuniti dan Taska Tempat Kerja di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).