Research Monograph

Laporan Penilaian Outcome NCDRC: Projek Pembangunan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (National Child Development Research Centre - NCDRC )

Project Leader
Dr Bahbibi bt Rahmatullah
Project Code

2016-0060-106-4

Penilaian Outcome merupakan salah satu instrumen kerajaan untuk mengenalpasti outcome/impak pelaksanaan projek-projek yang diluluskan agensi kerajaan terhadap golongan sasaran. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) telah memperoleh peruntukan kerajaan sebanyak RM 7 juta di bawah RMK-10 bagi membina Kompleks NCDRC di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penyaluran peruntukan ini amat signifikan dalam pengurusan dan perkembangan NCDRC di dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak, ibu bapa, kakitangan, penyelidik dan pensyarah. Projek ini dilaksanakan dengan pembinaan teliti setiap blok bangunan yang merangkumi ruang pembelajaran untuk TASKA dan TADIKA, ruang gunasama seperti dewan, taman permainan, dewan makan dan juga bilik pembelajaran khas seperti Bilik Snoezelen, Sanative Playroom, Bilik Terapi, Bilik Etnik Kreatif dan Children Learning Centre. Dengan terbinanya ruang-ruang ini, usaha NCDRC ke arah menjadi pusat rujukan penyelidikan awal kanak-kanak terulung negara dapat dilonjakkan. Memandangkan penyaluran peruntukan mengkhususkan kepada aspek ruang, ia telah terbukti berjaya memberikan impak yang positif di dalam pembelajaran kanak-kanak dan kepuasan pelanggan NCDRC. Sokongan kewangan dari kementerian masih diperlukan dalam usaha untuk memperkukuhkan peranan NCDRC bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan menjalankan penyelidikan yang berterusan untuk menambahbaik kualiti pendidikan dan perkembangan kanak-kanak di seluruh negara.

Co-researchers
Sopia Md Yassin | Norazilawati Abdullah | Mazlina Che Mustafa | Suzani Mohamad Samuri | Saiduri Dolah | Azahari Mat Bahah@Bashah | Shahaniza Shamsuddin | Ahmad Nizam Yusof | Aiesah Udin | Nurul Salini Mohamed Salleh