Monograph

Pembangunan Koleksi Cerita Pendek Digital Untuk Memupuk Pemikiran Komputasional Dalam Kalangan Kanak-Kanak TASKA

Project Leader

Azniah Ismail

Project Code

2020-0020-107-04

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cerita digital dan bahan pembelajaran aktif lain untuk kanakkanak, membangunkan satu koleksi bahan-bahan pembelajaran aktif bertemakan pemikiran komputasional dan menilai keupayaannya dalam memberi pendedahan kepada pemikiran komputasional dan keberkesanannya terhadap perkembangan kanak-kanak taska termasuk interaksi, koordinasi, minat dan keseronokan. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian: (i) kajian keperluan, (ii) pembangunan produk, dan (iii) quasi-eksperimen. Bagi mendapatkan keperluan bahan pembelajaran aktif merangkumi fungsi, tingkahlaku, data, kualiti, dan peraturan/kekangan, data kualitatif dikumpul menggunakan analisis kandungan dokumen, artikel dan bahan, serta analisis bahan pembelajaran aktif sedia ada. Bagi membangunkan bahan pembelajaran aktif ini, gabungan model ADDIE (Analysis-Design-Develop-Implement-Evaluate) dan model iteratif (gelungan/ulangan) digunakan sebagai metodologi. Setiap gelungan ADDIE melibatkan 2-3 bahan pembelajaran aktif tertentu sahaja. Keseluruhan kajian melibatkan sekurang-kurangnya tiga kali gelungan ADDIE dengan bahan-bahan pembelajaran aktif yang berbeza sehinggalah satu koleksi bahan pembelajaran aktif berjaya dilengkapkan. Kaedah quasi-eksperimen digunakan untuk menilai keberkesanan bahan pembelajaran aktif yang dibangunkan ketika itu melalui perbandingan jenis bahan pembelajaran yang digunakan, jantina dan umur kanak-kanak mengikut kumpulan taska masing-masing. Data utama berbentuk kuantitatif dikumpulkan menggunakan borang pemerhatian dan lembaran kerja. Untuk tujuan ini, lima Taska KEMAS di sekitar Batang Padang dan Kinta, Perak telah dipilih dengan sampel kanak-kanak taska berumur 3 hingga 4 tahun berjumlah 82 orang. 17 guru taska membantu kajian ini dengan menjalankan pemerhatian ke atas kanak-kanak taska masing-masing. 

Co-researchers

Noor Anida Zaria Mohd Noor | Suliana Sulaiman | Haslinda Hashim | Nordiana Zakir | Juppri Bacotang | Cheok Voon See