Research Monograph

Penggunaan Cerita dan Etika dalam Pemupukan Nilai dalam Kalangan Kanak-kanak Pra-Sekolah

Project Leader

Dr. Nadarajan a/l Thambu

Project Code
2015-0156-107-04
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan cerita dan etika dalam pemupukan nilai dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Teknik penceritaan digunakan dalam kajian ini dalam tiga fasa yang berurutan. Fasa I,ialah fasa membaca cerita, Fasa II ialah fasa membaca cerita dan Fasa III ialah aktiviti selepas cerita. Kajian ini dilaksanakan dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang berumur di antara 5 hingga 6 tahun.Satu kumpulan berfokus yang terdiri daripada 7 orang kanak-kanak prasekolah telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data dikumpul secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, analisis dokumen (lukisan kreatif kanak-kanak) dan rakaman video. Data yang terkumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan,elemen-elemen seperti fizikal buku, bhasa, plot atau alur cerita, watak, dan gambar atau ilustrasi mempengaruhi pemilihan buku cerita oleh kanak-kanak prasekolah. Selain itu,kaedah penceritaan juga mampu menjadi alat pedagogi untuk mengembangkan tataetika seperti peraturan masyarakat, tatasusila dalam pergaulan dan budi bahasa. Selain itu, dimensi moral kanak-kanak prasekolah dalam aspek amalan nilai moral, pemikiran dan perasaan moral juga dapat dikembangkan melalui kaedah penceritaan. 2015-0156-107-04
Co-researchers
Vishalache Balakrishnan | Adelina Asmawi | Mohd.Faisal Mohamed