PEMBENTANGAN SISTEM NATIONAL CHILD DATA CENTRE (NCDC 2.0) KEPADA YB DATO’ SRI NANCY SHUKRI

Tanjong Malim, 10 Julai 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diberi penghormatan untuk membentangkan kemas kini terkini sistem National Child Data Centre (NCDC 2.0) kepada YB Dato’ Sri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

 

Sesi ini turut dihadiri oleh Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM serta En. Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM di Bangunan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuala Lumpur.

 

Sesi pembentangan ini memberi tumpuan kepada fungsi baharu dan penambahbaikan dalam NCDC 2.0 yang dibangunkan oleh NCDRC.

 

Artikel Penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/07/11/pembentangan-sistem-national-child-data-centre-ncdc-2-0-kepada-yb-dato-sri-hajah-nancy-shukri/?fbclid=IwY2xjawNZhkhleHRuA2FlbQIxMQABHvogpa6NdeGwZv7qe1JJ1pVY9LBBBG7sOQ4kyNkqjsk6dtblXlVMviOX61xu_aem_XTqrZ4ka9q6LT1RiJSZHCg