PENGIKTIRAFAN NCDRC SEBAGAI AHLI INSTITUSI ASIA-PACIFIC REGIONAL NETWORK FOR EARLY CHILDHOOD (ARNEC)

Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar satu lagi kejayaan bermakna diberikan peniktirafan sebagai Ahli Institusi (Institutional Member) bagi Asia-Pacific Regional Network for Early Childhood (ARNEC).

ARNEC merupakan sebuah rangkaian berprestij yang menghimpunkan organisasi, institusi dan pakar dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak di rantau Asia Pasifik seperti UNICEF dan Early Childhood Australia. Keanggotaan NCDRC dalam ARNEC telah membuka peluang kepada pelbagai inisiatif serantau berkaitan penyelidikan, advokasi dasar, perkongsian ilmu, dan pembangunan kapasiti yang berfokus kepada kualiti pendidikan dan kesejahteraan awal kanak-kanak.  

Artikel penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/11/05/pengiktirafan-ncdrc-sebagai-ahli-institusi-asia-pacific-regional-network-for-early-childhood-arnec/?fbclid=IwY2xjawOQ5CRleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEe5CC3E7i-PIDRaFfBIpxPBYopFXLyfBhFebaHapG6Zq4dn3KSep9PrxZ_WLE_aem_1aVg6mTVzwis3X1ToH0_Hw