LAWATAN DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

12 Ogos 2025 – NCDRC telah menerima lawatan dan satu sesi mesyuarat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif lawatan dan mesyuarat ini adalah untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak khususnya dalam bidang pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran, serta potensi kerjasama masa hadapan. Delegasi ini juga turut dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di TASKA TADIKA NCDRC. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua delegasi yang telah hadir.