PROGRAM TOPAZ NCDRC 2025: MENYINAR BAKAT DAN POTENSI KANAK-KANAK

Tanjung Malim, 20 November 2025 – Program TOPAZ 2025 berlangsung meriah di TASKA dan TADIKA BITARA Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC) melibatkan lokasi di Blok D, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah serta Kampus Sultan Azlan Shah. Penganjuran program ini bertujuan meraikan kanak-kanak sebagai permata generasi baharu dengan menyediakan ruang kepada mereka menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.

 

Seramai 290 kanak-kanak dari TASKA dan TADIKA NCDRC telah memeriahkan Program TOPAZ 2025 yang julung kali diadakan di UPSI. Dengan tema “Hak Kami, Masa Depan Kami”, program ini mengetengahkan pelbagai aktiviti kreatif mengikut kategori umur.

 

Artikel penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/11/24/program-topaz-ncdrc-2025-menyinar-bakat-dan-potensi-kanak-kanak/?fbclid=IwY2xjawOToV9leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeHrViDJMTprX8_MMDiALmgwSGR3B5scyBRQMvjSYpZK5J4UhaDv3liNO-ji0_aem_RzkL9RUJWv6c8otLWyBN4A