NCDRC ANJUR WINN INNOVATION 2025

TANJONG MALIM, 10 Disember 2025 – Pusat Penyelidikan  Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) menganjurkan program WINN Innovation 2025 bersempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat UPSI 2025. Bertemakan We Inspire Nature, pertandingan ini bertujuan memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh Malaysia. Empat kategori inovasi utama yang diketengahkan adalah aktiviti pendidikan, bahan bantu mengajar, produk kreatif dan projek sains atau teknologi mesra alam. 

 

Program ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dengan kerjasama antara NCDRC dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM). Penglibatan ini merupakan usaha UPSI meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar dalam kalangan mahasiswa.

 

Artikel penuh:  https://epena.com.my/index.php/2025/12/15/ncdrc-anjur-winn-innovation-2025/?fbclid=IwY2xjawOtqcJleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeE6NdiXA0bV68ThOjva2g5f8HYXxkpJCSvJZ4FX8xjoG_B2yeyXBkwL_xOtI_aem_gOqZqdeFqITL4Z8Omg3P_w