DELEGASI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

18 November 2025 – Delegasi IPGM Kampus Pendidikan Islam telah melawat TADIKA Bitara, NCDRC bagi meninjau amalan pengurusan dan pedagogi terkini, khususnya pelaksanaan ESD dalam rutin pembelajaran. Mereka turut meninjau bilik darjah serta menghadiri sesi dialog bagi meneroka peluang kerjasama. Lawatan ini memberi pendedahan berguna tentang amalan terbaik yang boleh diaplikasi di IPG.