TANJONG MALIM, 4 Oktober 2025 — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini melawat Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bagi meninjau pelaksanaan dasar dan penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Lawatan itu mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkukuh pendidikan awal berasaskan penyelidikan dan bukti ilmiah di negara ini.
Sempena lawatan berkenaan, Fadhlina turut meninjau TADIKA Bitara NCDRC yang mencatat sejarah sebagai tadika pertama di Malaysia menerima pengiktirafan Associated Schools Network (ASPNet) daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Related Posts
LAWATAN DARIPADA RUSSIAN DELEGATION
LAWATAN DARIPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DELEGASI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KUNJUNGAN RASMI UNICEF MALAYSIA KE NCDRC
LAWATAN DARIPADA XIAN UNIVERSITY, CHINA
LAWATAN DARIPADA FAKULTAS ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS NEGERI YOGYAKARTA