TANJONG MALIM, 4 Disember 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan kerja rasmi daripada delegasi Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Paya Besar bagi membincangkan potensi kerjasama strategik di bawah program First 1000 Days of Life (FIRST1000), satu inisiatif utama Paya Besar Sustainability 2035 (PBS2035) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan ibu bapa dan kanak-kanak dalam tempoh awal kehidupan.
Lawatan ini bertujuan memperhalusi ruang kolaborasi antara UPSI dan Paya Besar dalam aspek penyelidikan berasaskan bukti, pembangunan komuniti serta pelaksanaan intervensi awal yang menyeluruh. Delegasi Paya Besar hadir bagi membincangkan model kerjasama jangka panjang yang berimpak tinggi untuk memperkukuh ekosistem sokongan keluarga, seterusnya menjadikan daerah Paya Besar sebagai model pembangunan awal kanak-kanak yang boleh diperluas ke peringkat negeri dan nasional.
Related Posts
NCDRC TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
NAIB JOHAN ANUGERAH GURU 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK KATEGORI INDIVIDU PRASEKOLAH SWASTA
UPSI LANCAR NCDC 2.0 & ESD IN EARLY CHILDHOOD SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT UPSI 2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 UPSI TARIK PENYERTAAN MERIAH
NCDRC ANJUR WINN INNOVATION 2025
MENGINTEGRASIKAN PENGALAMAN INDUSTRI DALAM PENDIDIKAN: KOLABORASI PELAJAR ISMP PAKK DAN NCDRC MELALUI IEEM-ECE