Kuala Lumpur, 11 Disember 2024 – Kunjungan Pengarah NCDRC ke Khazanah Research Institute (KRI) Memperkukuh Kolaborasi Penyelidikan.
Pada 11 Disember 2024, Khazanah Research Institute (KRI) telah menerima kunjungan daripada Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC), serta Dr. Norlaile Salleh Hudin dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UPSI. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua institusi tersebut.
Lawatan ini berlatarkan penerbitan kertas kerja KRI baru-baru ini yang membincangkan isu gender dan penjagaan, khususnya cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam pasaran buruh serta penyediaan perkhidmatan penjagaan di Malaysia. Data yang dikongsikan oleh pangkalan data National Child Data Centre (NCDC) milik NCDRC telah memberikan sumbangan besar kepada analisis dan wawasan dalam kertas kerja tersebut.
Related Posts
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN KANAK-KANAK TADIKA BITARA NCDRC
NCDRC TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
NAIB JOHAN ANUGERAH GURU 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK KATEGORI INDIVIDU PRASEKOLAH SWASTA
UPSI LANCAR NCDC 2.0 & ESD IN EARLY CHILDHOOD SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT UPSI 2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 UPSI TARIK PENYERTAAN MERIAH
NCDRC ANJUR WINN INNOVATION 2025