Kursus Pendidikan STEAM Anak Genius Negara Siri 3

8-10 September 2023 : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) sebagai penyelia latihan telah melaksanakan Kursus Pendidikan STEAM Anak Genius Negara Siri 3 kepada pendidik di bawah Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertai seramai 33 orang pendidik GENIUS bertempat di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pendidik, penceramah dan fasilitator yang memberikan kerjasama sepanjang kursus STEAM ini.