MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN KANAK-KANAK TADIKA BITARA NCDRC

TANJONG MALIM – Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan Kanak-kanak TADIKA Bitara NCDRC telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2025 bertempat di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian dan perkembangan kanak-kanak sepanjang sesi pembelajaran prasekolah.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPSI serta Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC). Majlis turut disempurnakan dengan perasmian oleh Puan Norizah Mohamed Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
 
Majlis berlangsung dalam suasana ceria dan penuh bermakna, sekali gus mencerminkan kejayaan kerjasama antara institusi pendidikan, pendidik dan ibu bapa dalam melahirkan generasi awal yang seimbang dan berdaya saing.