Tanjong Malim, 4 Julai 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), UPSI telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Management and Science University (MSU) yang diketuai oleh Prof. Datin Norhisham, Naib Presiden (Akademik), MSU.
Lawatan rasmi ini berlangsung di NCDRC dan lawatan dimulakan dengan sesi lawatan ke TASKA dan TADIKA, NCDRC. Perbincangan diteruskan di Bilik Mesyuarat Sapphire, NCDRC yang turut melibatkan Pengarah Akademik UPSI, Prof Madya Dr. Ridzwan Che Ros, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (Pengarah NCDRC), Prof Madya Dr. Jaffry Zakaria (Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan), Dr. Nur Haziyanti Mohamad Khalid (Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, FSSK) serta Dr. Seah Siok Peh (Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak).
Sesi perbincangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah NCDRC serta pembentangan pengenalan pusat.
Perbincangan dua hala turut dilaksanakan bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, termasuk penawaran program akademik seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
Lawatan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan jamuan tengah hari, menandakan permulaan hubungan kerjasama yang lebih erat antara MSU dan UPSI.
Related Posts
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN KANAK-KANAK TADIKA BITARA NCDRC
NCDRC TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
NAIB JOHAN ANUGERAH GURU 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK KATEGORI INDIVIDU PRASEKOLAH SWASTA
UPSI LANCAR NCDC 2.0 & ESD IN EARLY CHILDHOOD SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT UPSI 2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 UPSI TARIK PENYERTAAN MERIAH
NCDRC ANJUR WINN INNOVATION 2025