TANJONG MALIM, 10 Disember 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) menganjurkan program WINN Innovation 2025 bersempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat UPSI 2025. Bertemakan We Inspire Nature, pertandingan ini bertujuan memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh Malaysia. Empat kategori inovasi utama yang diketengahkan adalah aktiviti pendidikan, bahan bantu mengajar, produk kreatif dan projek sains atau teknologi mesra alam.
Program ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dengan kerjasama antara NCDRC dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM). Penglibatan ini merupakan usaha UPSI meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar dalam kalangan mahasiswa.
Related Posts
NCDRC TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
NAIB JOHAN ANUGERAH GURU 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK KATEGORI INDIVIDU PRASEKOLAH SWASTA
UPSI LANCAR NCDC 2.0 & ESD IN EARLY CHILDHOOD SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT UPSI 2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 UPSI TARIK PENYERTAAN MERIAH
MENGINTEGRASIKAN PENGALAMAN INDUSTRI DALAM PENDIDIKAN: KOLABORASI PELAJAR ISMP PAKK DAN NCDRC MELALUI IEEM-ECE
FAMILY LOTS OF LOVE FUN WALK ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA UPSI DAN KOMUNITI