NCDRC Merangkul Anugerah Emas Modul Inovasi Pendekatan Projek ‘Learning Journey’ sempena International Education Innovation Expo

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada NCDRC yang mempertandingkan Modul Inovasi Pendekatan Projek Learning Journey setelah memenangi anugerah Emas sempena International Education Innovation Expo (Edu@Innovate 2023) & Festival Of Art yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Modul Learning Journey ini diketuai oleh Nur Hidayah Shazira Mohd Shukor bersama Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Noraida Othman, Norelme Mokhtar, Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Farah Hadila Abas.