NCDRC UPSI PERKUKUH PERANAN DALAM PENAMBAHBAIKAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NEGARA

Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dijemput menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kelima Belas Bil. 5 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangunan Blok Utama, Parlimen Malaysia.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Yeo Bee Yin dan dihadiri oleh pelbagai wakil kementerian, agensi kerajaan serta ahli-ahli Parlimen yang komited terhadap usaha pembangunan masyarakat, khususnya wanita dan kanak-kanak.

 

Deligasi NCDRC diketuai oleh Prof Madya Dr. Mazlina Che Mustafa dan turut hadir bersama Dr. Nadia Shahira Amiruddin dan Dr. Jamilah Mohd Basir.

 

Artikel Penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/07/11/ncdrc-upsi-perkukuh-peranan-dalam-penambahbaikan-pendidikan-awal-kanak-kanak-negara/?fbclid=IwY2xjawNZg8pleHRuA2FlbQIxMQABHqtC2bEDMuCSaZ43pgKZdLinGHMrkqfT01FfpRj5YlUzbzFTrjaelCSN-0fA_aem_Esu1bmMCuc0eGF4fhfHeHA