Pertandingan Pakaian Beragam dengan Tema Warna Jalur Gemilang

Pihak NCDRC telah mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam dengan Tema Warna Jalur Gemilang bertempat di Pasar Budaya UPSI sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Maulidur Rasul peringkat UPSI anjuran Institut Peradaban Melayu (IPM), UPSI.

Lebih daripada 50 orang kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 9 tahun tampil memperagakan busana masing-masing yang direka dengan idea-idea kreatif dan penuh warna warni.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas diucapkan kepada semua kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa diatas sokongan dan teruskan menyokong program-program NCDRC pada masa akan datang.