PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN MR

Tanjong Malim, 22 September 2025 – Program ini dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim dengan kerjasama NCDRC sedang berjalan lancar pada 22 September 2025 bertempat di Bilik Marjan, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Kehadiran pasukan kesihatan yang diketuai oleh Dr. Fatin bersama Ketua Jururawat Hasniza, Jururawat Irdawati dan Jururawat Masyarakat Nik Mazila memastikan proses pemberian vaksin berlangsung teratur serta selamat. Program ini berjaya mencapai objektif dalam memastikan tahap imunisasi kanak-kanak berada pada tahap terbaik sekaligus meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan vaksin MR.