SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 UPSI TARIK PENYERTAAN MERIAH

Tanjong Malim, 10 Disember 2025 — Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menganjurkan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat universiti tahun 2025. Sambutan ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif dalam meraikan kanak-kanak sambil menggalakkan kreativiti, kerjasama dan semangat kesukanan.

 

Program sambutan kali ini menawarkan pelbagai acara riadah dan kesenian termasuk WINN Innovation 2025, Family Lots of Love Fun WalkKiddies Carnival, Persembahan Muazin Junior, pertandingan Bakat Ceria serta pertandingan Irama. Kesemua aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat, berinovasi serta berinteraksi dalam suasana ceria.

 

Artikel penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/12/10/sambutan-hari-kanak-kanak-2025-upsi-tarik-penyertaan-meriah/?fbclid=IwY2xjawOtpedleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEee3XCAlC79_oHGYS5B_HGtCOQBIhy6XLAWJvurggBEOU3PIc7oE6GCEItRcI_aem_G2WqGfste8dTs7gBa0mNjQ