UPSI LANCAR NCDC 2.0 & ESD IN EARLY CHILDHOOD SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT UPSI 2025

PUTRAJAYA, 12 Disember 2025 — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melakar satu langkah penting dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak melalui pelancaran Sistem National Child Data Centre (NCDC) 2.0 serta Integrasi Education for Sustainable Development (ESD) in Early Childhood, bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini.

 

Program yang bertemakan “Voices, Data & Futures: Listening to the Future through Children’s Eyes” ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, UPSI, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, Deputy Representative (Programme), UNICEF, Sanya Saranovic, dan pelbagai agensi pendidikan.

Artikel penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/12/13/upsi-lancar-ncdc-2-0-esd-in-early-childhood-sempena-sambutan-hari-kanak-kanak-sedunia-peringkat-upsi-2025/?fbclid=IwY2xjawOtpypleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeSi9a97eRn2oZdlO_j_V80Y0BW9EYKmTlnbTG_454dMolXhohn9JdznFlzig_aem_RmZC4vLFb6BFC8KGxc1R_g