KANAK-KANAK NCDRC RAIH TIGA ANUGERAH PERAK DI WINSTEM2025

Kuala Lumpur, 23 November 2025 – Kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) sekali lagi mengharumkan nama institusi apabila berjaya meraih tiga Anugerah Perak (Silver Awards) dalam World Innovation in STEM Competition 2025 (WINSTEM2025). Pertandingan berprestij bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan peserta daripada 14 buah negara untuk mempamerkan idea, kreativiti dan inovasi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

Penyertaan NCDRC melibatkan tiga kumpulan inovasi yanag setiap satunya terdiri daripada 4 oarg kanak-kanak, masing-masing menghasilkan projek berasaskan pembelajaran STEM awal kanak-kanak. Projek-projek tersebut ialahElectro Food Glow dari kelas 6 Hibiscus dan guru pembimbing ialah Nursyazwani Ismail. Projek ini memberi fokus kepada penerokaan sains secara hands-on dalam menggalakkan kanak-kanak membuat pemerhatian, menjalankan eksperimen dan membina kemahiran membuat rumusan secara kreatif.

 

Artikel penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/11/24/kanak-kanak-ncdrc-raih-tiga-anugerah-perak-di-winstem2025/?fbclid=IwY2xjawOToH5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeMdk25H6AGk0N_UmpywQvkSuZhP8LvmGqXU0zNEmETKOMSXmsImZYYkrtISU_aem_GuFPsjsnpGt1rLxHHNXeRg