Kerjasama strategik UPSI dan KKM cetus revolusi baharu pantau status pemakanan kanak-kanak

Menelusuri satu langkah maju menuju pemantauan kanak-kanak yang lebih efisien, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), dan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan kerjasama pembangunan Modul Status Pemakanan Kanak-kanak di Malaysia. Kolaborasi yang berlangsung pada 21 Januari ini menyaksikan kerjasama erat antara kerajaan dan institusi pendidikan untuk memanfaatkan Sistem Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) dalam menangani masalah malpemakanan kanak-kanak.

Artikel Penuh :

https://epena.com.my/index.php/2024/01/23/kerjasama-strategik-upsi-dan-kkm-cetus-revolusi-baharu-pantau-status-pemakanan-kanak-kanak/