NCDRC, KKM LAKSANA UJIAN AKHIR MODUL PEMAKANAN DALAM SISTEM NCDC

Putrajaya, 17 NOV 2025 – NCDRC dengan kerjasama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sesi pengujian akhir (Final Acceptance Test, FAT) bagi menilai keberkesanan dan kesediaan Modul Pemakanan dalam Sistem NCDC untuk digunakan secara rasmi.

 

Sesi yang berlangsung di Bilik Mensyuarat Utama, Bahagian Pemakanan KKM itu memberi tumpuan kepada penilaian teknikal dan fungsi sebenar modul termasuk proses pelaporan, pengurusan data, kebolehgunaan antaramuka, serta integrasi dengan komponen sistem lain. Ujian ini merupakan fasa penting sebelum modul dibenarkan untuk digunakan pada skala penuh di peringkat nasional.

 

Artikel Penuh: https://epena.com.my/index.php/2025/11/20/ncdrc-kkm-laksana-ujian-akhir-modul-pemakanan-dalam-sistem-ncdc/?fbclid=IwY2xjawOTn7pleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEez8JY94LETEFS1Mm9IEAWlXxE6goo7UWxkV991x6kpZNcYAItZHieGlev8tY_aem__fQqPDHGBJFLjh2ZD2ZkXQ