Monograph

Pembangunan Material Kit Pembelajaran STREAM Berasaskan Aktiviti Bertema Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Pra Sekolah

Project Leader

Raja Noor Farah Azura Raja Ma’amor Shah

Project Code

2020-0019-107-04

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan material kit pembelajaran STREAM bagi pra sekolah yang mengandungi modul aktiviti bertema dan projek beserta bahan-bahan keperluannya. Modul aktiviti bertema ini menggunakan pendekatan bertema yang terdiri daripada 10 tema dan 1 projek menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) yang didasari dengan 6 tunjang di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini rnengaplikasikan Model ADDIE iaitu analisis (A), reka bentuk (D), pembangunan (D), pelaksanaan (I) dan penilaian (E) sebagai turutan langkah yang sistematik dalam membangunkan material kit pembelajaran STREAM. Teori Konstruktivisme dan Kognitivisme mendasari pembangunan material kit pembelajaran STREAM dan mengintegrasikan pembelajaran bertema serta PBP sebagai pendekatan STREAM dengan menerapkan gaya pembelajaran abad ke-21. Tiga orang pakar telah menilai kesahan kandungan material kit pembelajaran STREAM dan analisis menunjukkan nilai Indeks Kesahan Kandungan (IKK) material kit pembelajaran STREAM ialah 1.00. Kajian ini menggunakan borang penilaian kesahan pakar bagi menilai kesahan kandungan material kit pembelajaran STREAM. Kesimpulannya, material kit pembelajaran STREAM mempunyai kesahan kandungan yang tinggi menurut pandangan pakar. Implikasinya, material kit pembelajaran STREAM boleh menjadi bahan pengajaran STREAM yang menarik. Murid yang mengikuti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STREAM ini dijangkakan akan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Perancangan material kit pembelajaran STREAM yang lengkap dapat menghasilkan murid yang mempunyai pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

Co-researchers

Raja Lailatul Zuraida Raja Ma’amor Shah | Mazlini Adnan | Noraida Othman | Sri Rejeki | Irwan Nayan