Superhero Creative Line dan Jamuan Meraikan Guru Pelatih NCDRC

Superhero Creative Line dan Jamuan Meraikan Guru Pelatih NCDRC Blok D.

Program bertemakan superhero ini bertujuan untuk memberi galakan dan semangat kanak-kanak untuk seronok belajar di sekolah disamping pendidik menyediakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kemahiran kognitif, sosial dan psikomotor kanak-kanak.

Setelah itu, program diteruskan dengan jamuan makan bagi meraikan guru pelatih yang telah tamat menjalani latihan mengajar di TASKA TADIKA NCDRC Blok D.