2010-0042-106-04
Bermain merupakan elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak. Melalui bermain, kanak-
kanak berasa gembira dan belajar tantang kehidupan di sekeliling mereka. Pihak penganjur Program Anak PERMATA Negara juga telah menegaskan tentang kepentingan bermain sebagai sesuatu yang sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain,
kanak-kanak belajar dan bebas mengeksperimentasi, merasai dan meneroka persekitaran
mereka. Tegasnya program Anak PERMATA Negara menggunakan kaedah “belajar melalui
bermain” dalam proses pengajaran dan pambelajaran. “Belajar melalui bermain” merupakan
satu kaedah pembelajaran di mana kanak-kanak dapat memperkembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh dari segi fizikal, sosial, emosi, intelek, dan estetika semasa bermain.