Program PERMATA merupakan program pendidikan awal kanak-kanak 0-4 tahun yang menggunakan kurikulum yang digubal khusus yang diadaptasi daripada kurikulum Penn Green, United Kingdom. Kurikulum ini mula digunakan di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang beroperasi di bawah Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya diperluaskan kepada taska di bawah kelolaan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Taska Komuniti, Tempat Kerja dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Setakat Ogos 2009, hampir empat ratus taska dijangka telah melaksanakan kurikulum PERMATA daripada senarai yang diperolehi daripada Pusat Penyelidikan